Thursday, August 7, 2008

PAK LAH ADA 'GENTLEMENT AGREEMENT' DENGAN ANWAR?


Hari ini kita dapat melihat kebangkitan dan sokongan rakyat kepada Parti Pembangkang terutamanya kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) iaitu Sdr Anwar Ibrahim semakin mendapat tempat di hati rakyat di Malaysia ini. Mereka telah berpatah arang dari menyokong sebuah parti yang selama ini begitu dekat di hati mereka terutamanya orang melayu iaitu UMNO. Mereka sanggup melarikan diri mereka dan meminta keadilan yang sewajarnya akibat melihat keadaan kerajaan hari ini yang semakin hari semakin lemah dan longlai di bawah pentadbiran Kerajaan dan Parti Pak Lah ini. Kerana marahkan Pak Lah ataupun pemimpin tertentu, mereka terus menyokong dan seterusnya mengundi PKR ini. Ianya hanya mungkin bersifat sementara ataupun mungkin kekal selama-lamanya selagi UMNO di dalam keadaan cedera parah ataupun koma tidak sedarkan diri.

Siapa yang suka dengan Pak Lah ini? Rata-rata dan kesemuanya sekali yang saya temui dan tanya sendiri kepada mereka, Seratus peratus daripada mereka juga membenci dan ada juga yang memaki hamun ataupun mengutuk Pak Lah ini secara terang-terangan tanpa berlindung di balik awan.Tidak kiralah mereka itu bangsa melayu, india ataupun cina sekalipun, rata-ratanya semua benci pada orang tua lembik ini. Semua orang kata beliau ini lembik, tidak pandai menjaga hati rakyat, buat keputusan berubah-ubah, tidak pandai menguruskan ekonomi dan suka membazir wang rakyat. Macam-macam lagi yang diluahkan oleh rakyat hari ini yang saya dengar sendiri.


Mereka nampak begitu marah dan benci kepada Perdana Menteri kita ini. Semua yang dilakukannya semua tidak kenakepada rakyat. Ini terbukti apabila kajian ataupun survey yang telah dikeluarkan oleh Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan sokongan rakyat kepada Perdana Menteri kita telah turun menjunam sehingga 28% (sila lihat gambarajah di atas). Ini merupakan satu keadaan yang paling kritikal dan terburuk dalam sejarah kepimpinan negara ataupun ketidak percayaan rakyat kepada pemerintah tertinggi negara hari ini amat meluap-luap sehinggakan tidak dapat dibendung lagi.

Apakah sekarang ini Pak Lah tidak tahu langsung tentang perkembangan ini dan respon rakyat terhadap dirinya? Saya yakin dia tahu segala-galanya daripada kita. Kerana dia seorang Perdana Menteri dan juga dikelilingi oleh mereka-mereka yang hebat-hebat. Mustahil dia tidak tahu langsung dan buat pekakkan telinganya. Tapi apa yang boleh dia buat? Merdeka center tu bukan Pejabat Perdana Menteri. Apa dia peduli. Sedangkan kalah 5 buah negeri pun masih selamba dan nampak very cool dan begitu gentlemen sahaja lagaknya. Seperti tiada apa-apa yang akan berlaku.

Nampaknya Pak Lah tidak kisah langsung mahupun bertindak sesuatu untuk membaiki dan meningkatkan prestasi kepercayaan rakyat terhadap dirinya. Baginya , dia begitu yakin bahawa anak-anak buahnya sedang berkerja keras membaiki ataupun mengawal keadaan ini. Beliau tidak perlu risau apa-apapun berkenaan hal ini. Beliau mempercayai seratus peratus kepada orang-orang kuatnya terutama kepada anak dan menantu beliau sendiri. Lagipun baginya sekarang ini ianya tidak begitu penting kerana cita-citanya dan juga menantunya sudah hampir tercapai untuk melihat saudara Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru. Mungkin tiada sesiapa selepas ini yang akan cuba mendakwa atas apa yang telah beliau lakukan semasa menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim ini juga merupakan idola kepada menantunya juga yang juga menurut cerita dikatakan hampir-hampir menjadi menantu Anwar Ibrahim ini pada masa dahulu.

Inilah anggapan saya dan sebahagian orang yang sedang berfantasi bahawa Malaysia tidak lama lagi akan mendapat seorang Perdana Menteri yang baru menggantikan kerajaan yang lemah dan dianggap kejam serta menekan rakyatnya hari ini. Selain kelembapan ekonomi negara,jumlah pengangguran yang tinggi, kadar jenayah yang tinggi, kenaikan harga petrol dan barangan lain juga dikatakan antara kesan-kesan yang membuatkan rakyat menderita dan sakit hati melihat apa yang telah Pak Lah lakukan sebagai Perdana Menteri Malaysia kepada mereka ini terutamanya yang berpendapatan rendah serta miskin. Mereka (rakyat) nampaknya sudah tidak sanggup lagi melihat orang tua lembik ini memegang dan berharap supaya melepaskan jawatannya dengan kadar segera dan bukannya pada tahun 2010 nanti seperti yang diberitahu.

Kerajaan hari ini dikatakan tidak bijak ataupun kurang cerdik yang sengaja dilakukan, seterusnya mengalihkan kepercayaan rakyat kepada Anwar Ibrahim ini. Bagi mereka UMNO sudah tidak penting dan tidak relevan lagi kerana mereka merasakan UMNO ini tidak lagi bertindak bijak dan menjadi payung kepada mereka untuk berteduh seperti sebelum ini. Sebenarnya mereka telah dapat perbezaan diantara zaman Mahathir dan juga pada zaman Pak Lah ini. Sikap lembabnya dan kredibiliti Pak Lah yang terlalu lemah inilah yang menjadi punca utama rakyat menjadi benci kepada kerajaan dan parti UMNO dan juga Barisan Nasional. Ada juga mereka yang lari ke luar negara gara-gara pentadbiran ala main pondok-pondok ini.

Bagi mereka juga Kerajaan hari ini patut diganti dengan kerajaan barusupaya rakyat akan dapat merasai keprihatinan yang lebih disamping janji-janji manismu yang terlalu manis buat rakyat sekiranya Kerajaan baru ini dapat memerintah negara ini nanti. Segala ketidakadilan kerajaan kepada mereka selama ini akan bertukar dan rakyatakan mendapat keadilan yang cukup adil lagi buat mereka. Kerajaan baru yang Adil kepada semua rakyatnya. Dan bukannya kerajaan yang mementingkan kekayaan ahli keluarganya dan juga kroni-kroninya sahaja malah rasa kesal mereka juga mendapat seorang pemimpin yang lembik dan tidak cerdik ini dalam membentuk dan membangunkan negara yang tercinta ini.

Sebenarnya dalam masalah kepimpinan kita hari ini sepatutnya Pemimpinlah yang harus disalahkan daripada menyalahkan kerajaan secara totalnya. Ini kerana pemimpin inilah yang bertindak di dalam kain sendiri dengan mengharu-birukan keadaan dalam negara dan juga masalah sosio-ekonomi yang semakin parah dan tenat ini. Pemimpin inilah yang harus di tukar dan digantikan dengan orang lain yang lebih prihatin kepada rakyatnya sendiri. Kerajaan sebenarnya biarlah rakyat yang memilih dan hendaklah mendapat undi majoriti dan bukannya menang nyawa-nyawa ikan seperti hari ini ataupun melalui rampasan kuasa. Tapi masih lagi berlagak sombong dan bongkak kerana masih dapat lagi menunjukkan kuasanya. Sekarang ini nampak seperti kerajaan hari ini seperti syok sendiri ataupun over confident dengan apa yang mereka rancangkan selama ini.

Tiada seorangpun dari mereka di dalam kerajaan sekarang yang sanggup menegur dan lantang mempertahankan nasib partinya dan juga rakyatnya serta menyanggah apa yang ketuanya lakukan yang jauh menyimpang dariu landasan yang sebenar. Melainkan masing-masing sibuk untuk bertanding samada merampas atau mengekalkan jawatan disampingmendapat imbuhan yang besar lagi nanti untuk menambah kekayaan yang sedia ada daripada orang-orang tertentu. Mereka amat sayang dan menyanjung tinggi ketua mereka ini seperti seorang kuli batak kepada tuan nya. Apapun mereka sanggup buat demi Tuan mereka ini dan tidak sanggup untuk menderhaka ataupun lari meninggalkan tuan mereka ini seorang diri. Jika mereka derhaka ataupun lari maka mereka nanti akan di hukum oleh tuannya nanti dengan hukuman yang sangat berat dan kejam.

Selama ini mereka telah bersikap bermuka-muka dan sanggup menjadi duri dalam daging dengan menjadi pemimpin UMNO semata-mata ingin mencapai matlamat dan tujuan yang telah mereka rancangkan sebelum ini. Rupa-rupanya mereka telah merancang lama dalam kumpulan tertentu supaya ianya berjalan lancar dan tanpa seorangpun dapat mengganggu gugat kedudukan mereka-mereka ini yang berada di peringkat tertinggi di dalam parti. Mereka telah awal-awal meletakkan orang-orang mereka dan mempunyai jawatan-jawatan tertentu di dalam parti dan kerajaan. Biar apapun mereka hendak buat dan rancangkan, mereka akan bebas melakukan apa sahaja termasuklah membuat rakyat benci kepada mereka sendiri dan juga kerajaan mereka dengan sengaja. Adakalanya mereka juga tahu bahawa keputusan yang akan mereka buat akan menyakitkan atau menyusahkan rakyatnya tetapi mereka terpaksa mengikut agenda yang telah di susun supaya mereka ini nanti akan mendapat ganjaran dan kejayaan lain yang sedang menghampiri mereka ini.

Diantara mereka ini juga datangnya dari mereka-mereka yang telah murtad ataupun keluar daripada UMNO dan kemudiannya diterima masuk kembali ke dalam UMNO ini. Sebelum itu, untuk diterima masuk kembali ke dalam UMNO ini mereka sanggup bersujud dan menangis-nangis sambil merayu-rayu dan mengaku serta insaf akan kesilapan mereka. Dan jika muka kasihan mereka ini tidak juga di terima, mereka akan menyuruh isteri isteri mereka memujuk serta merayu kepada Presiden parti supaya dapat menerima dan memaafkan suami mereka supaya diterima semula suami mereka ke dalam UMNO. Akhirnya tidak sia-sia usaha isteri-isteri mereka ini, kemudia mereka di ambil dan diterima masuk semula ke dalam UMNO dan juga diberi pangkat di dalam parti dan kerajaan sebagai menerima tanda maaf dan insaf mereka kepada parti.

Sebab itulah apa yang kita lihat hari ini nampak seperti Kerajaan yang kita kenal dan yang telah menjaga kita selama ini ibarat pepatah melayu 'kacang lupakan kulit' ataupun 'Berok naik ke junjung' (maaf, saya tukarkan kadok menjadi berok kerana berasakan ianya sangat sesuai digunakan di dalam ayat saya ini). Inilah hakikatnya yang ingin di tunjukkan kepada kita semua bahawa kerajaan kita hari ini yang telah diberikan mandat oleh rakyatnya walaupun tidak mendapat undi majoritipada pilihanraya yang lalu tetapi mereka-mereka ini tidak menampakkan segala usaha untuk memperbaiki dan menunjukkan semangat yang berkobar-kobar untuk memulihkan parti mereka yang hampir-hampir kalah pada pilihanraya tersebut.Mereka merasakan tiada apa yang perlu dirisaukan ataupun diambil berat tentang apa yang telah berlaku kepada parti UMNO dan juga Barisan Nasional ini.

Jika sebelum pilihanraya tersebut diadakan, mereka nampak seperti sebuah parti dan kerajaan yang sangat kuat dan mendapat sokongan hampir seratus peratus daripada rakyat semasa Pilihanraya ke-11 dahulu. Mereka telah merancang dan berjanji serta untuk melaksanakan kebajikan kepada seluruh rakyatnyadengan menwar-warkan Rancangan Malaysia Ke-9 dan juga belanjawan tahunan untuk menaikkan taraf hidup rakyat dan berjanji untuk terus membangun dan menjadikan negara Malaysia dan rakyatnya supaya cemerlang, gemilang dan terbilang. Selepas lima tahun pemerintahannya saya tidak nampakpun apa yang dikatakan cemerlang, terbilang dan gemilang itu.

Mungkin kita harus menunggu seratus tahun lagi untuk mencapai dan menikmati apa yang dimaksudkannya itu. Cuma 3 perkarasahaja yang saya nampak hasil daripada idea bernasnya ini iaitu Eye on Malaysia yang terletak di Tasik Titiwangsa, Replika Masjid Kristal dan juga Taman Tamadun Islam di Terengganu. Inilah antara kejayaan dan mercu tanda kerajaan di bawah pimpinan Pak Lah setakat hari ini. Nyata yang lainnya masih dalam proses awal dan di dalam peringkat perbincangan lagitermasuklah projek jambatan kedua di Pulau Pinang, Wilayah Iskandar Malaysia di Johor dan beberapa koridor (laluan pejalan kaki) yang sedang di rancangkan dan masih diperingkat awal. Nampaknya kerajaan kita pada awalnya masa itu mempunyai wang yang sebegitu banyak sekali demi untuk memberi manfaat kepada rakyatnya. Nyata keprihatinan dan sayangnya Perdana Menteri kepada rakyat amat begitu tinggi nilainya kepada rakyat hari ini.

Tetapi selepas keputusan pilihanraya yang ke-12 yang lalu (lihat gambarajah di atas), nyata pendirian dan semangat mereka telah berubah. Nada dan gayanya juga sudah perlahan dan nampak seperti seorang yang putus asa dan kecewa. Raut wajahnya juga kelihatan seperti ayam berak kapur, tiada seri dan tiada senyuman manis yang dilontarkan lagi kepada rakyat. Beliau merasakan pengorbanan beliau selama ini seperti sia-sia dan tidak dihargai langsung oleh rakyat terhadap beliau. Beliau nampak begitu marah dan geram dengan apa yang rakyat lakukan terhadap beliau semasapilihanraya ke-12 itu. Orang-orang yang beliau harapkan untuk mengusai hampir keseluruhan kerajaannya pada masa itu juga telah punah dan berkecai akibat disabotaj diantara satu sama lain seterusnya memberi peluang kepada parti pembangkang mengusai beberapa buah negeri.

Sepatutnya selepas kekalahan ini, beliau dengan rasa tanggungjawab akan meletakkan jawatannya sebagaitanda ketidak percayaan rakyat kepada beliau. Dan beliau sepatutnya mengambil keputusan yang bijak dan drastik demi memastikan UMNO ini di pimpin dan seterusnya di terajui oleh orang lain yang lebih berkelayakan mengikut kehendak rakyat. Tetapi, akibat sifat bodoh sombongnya semenjak kecil lagi ini, beliau tidak mahu mengikut kehendak rakyat dan juga ahli akar umbi UMNO ini, malah beliau sanggup untuk memulihkan UMNO itu sendiri yang telah beliau sendiri malukan ataupun aibkan. Mampukah beliau memulihkannya sedangkan rakyat sudah bosan dan benci melihatnya menjadi seorang pemimpin tertinggi negara.

Selepas kekalahan mengaibkan ini (walaupun berjaya membentuk kerajaan), mereka nampak seperti seorang yang telah kehilangan sebatang kaki dan juga sebatang tangan, mereka tidak mampu melakukan apa-apa lagi untuk meneruskan hidup ini dengan sendirian dan mengharapkan bantuan musuhnya itu untuk bergerak. Dan beliau juga tahu musuh-musuhnya ini sedang merancang sesuatu untuk menggantikannya yang telah cacat angota badannya. Tetapi baginya birkanlah apapun yang musuh-musihnya hendak lakukan kerana belaiu percaya musuh-musuhnya akan kasihan akan kecacatan yang beliau ini alami dan mengharapkan musuh-musuhnya ini berasa simpati dan kasihan terhadap diri beliau ini.

Kehendak rakyat dan akar umbi UMNO ini tidak lagi dihiraukan malah beliau merasa lebih yakin dan hasil sokongan yang diterimanya daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang mana telah dipaksa membuat kenyataan sokongan mereka ini kepada Pak Lah saban hari di media-media massa. Mereka nampak mengalihkan pandangan rakyat berhubung beberapa isu dan sering bertukar-tukar kenyataan seperti seorang yang serba salah dan selalu buat salah. Mereka cuba gula-gulakan rakyat dengan pemberian wang sebagai ganti subsidi petrol oleh kerajaan sebelum ini. Mereka cuba menaikkan harga petrol dan diesel terlalu tinggi sedangkan ianya boleh dielakkan sekiranya kerajaan menaikkannya secara beransur-ansur ataupun perlahan-lahan mengikut keadaan semasa.

Kerajaan juga sepatutnya bertindak bijaksana dalam menggali lubang dan juga menutup lubang yang ada contohnya daripada pendapatan kerajaan yang sedia ada demi memikirkan nasib rakyatnya.Mereka mungkin menaikkan cukai arak dan tembakau ataupun menaikkan cukai pendapatan kepada mereka yang berpendapatan tinggi bagi menampung jumlah subsidi yang meningkat itu. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi sehingga mencecah kenaikan sebanyak 41% ini dan juga penghapusan subsidi petrol kepada rakyat merupakan jalan terbaik dan terbijak yang ada pada kerajaan hari ini untuk membuat keputusan sedemikian. Disamping memberi gula-gula kepada rakyat yang telah saya nyatakan tadi supaya rakyat berasa gembira dan tidak mempertikaikan keputusan mereka ini.

Akhirnya, muncul seorang yang dikatakan wira dua alam yang sanggup memberi jalan dan pandangan beliau bagaimanakah caranya untuk menurunkan harga minyak ini sekiranya beliau diberi peluang oleh rakyat untuk memerintah negara ini. Peluang ini juga sebenarnya telah diberikan ruang yang luas dan terbuka melalui debat yang dianjurkan dan dipersetujui oleh pihak kerajaan sendiri. Tetapi kenapa tidak ketua berdebat dengan ketua? Barulah gentlemen dan di kira adil. Mengapa pula di suruh pula orang yang sentiasa berbuih di mulutnya dan baru menjadi menteri berdepan dengan bekas juara pidato peringkat negeri Pulau Pinang ini? Nyata sekali debat ini telah membuatkan beliau begitu popular, di sayangi dan juga disukai oleh rakyat kerana niatnya untuk membantu golongan rendah akibat kenaikan harga minyak yang begitu tinggi sekali.

Melaui perdebatan itu juga, beliau nampak begitu prihatin kepada nasib rakyatnya terutamanya yang berpendapatan rendah dan juga orang-orang kampung yang hidup susah yang terdiri daripada golonganpetani, pengembala, nelayan dan sebagainya. Mereka nampaknya suka akan lelaki hebatini yang pernah mereka kenali suatu masa dulu yang mana namanya yang begitu gah dan hebat dan tidak lupa juga tentang fitnah skandal liwatnya pada masa dahulu. Mereka merakan juga orang ini layak menjadi pemimpin mereka setelah apa yang pemimpin hari ini telah lakukan kepada mereka. Hendak tunggu pemimpin yang lagi berani dari kalangan parti UMNO ini, entahlah sampai mereka-mereka ini harus bermain nyorok-nyorok di belakang rumah. Mungkin ada yang telah di sorokkan oleh hantu tetek agaknya.


Mengapa orang ini yang statusnya sebagai seorang banduan nampak begitu bersungguh-sungguh dan yakin semenjak beliau ini keluar dari penjara. Ini terbukti akan kemampuannya meraih kejayaan yang di luar dugaan kerana kejayaan partinya pada pilihanraya yang ke-12 baru-baru ini. Dan selepas itu beliau turut yakin bahawa beliau ini mampu untuk menjadi orang no. 1 di Malaysia ini pada 16 September ini. Mampukah beliau ini mencapai cita-cita beliau selama ini yang terkandas separuh jalan.

Dengan pengumuman isteri beliau iaitu Wan Azizah yang telah meletakkan jawatannya sebagai ahli parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Secara langsungnya telah membuka jalan yang terbentang luas UMNO yang bakal dipertandingkan di situ. Inilah kubu kuat mereka semenjak dari dahulu lagi semasa mereka berada di dalam UMNO sehinggalah beliau menubuhkan parti beliau sendiri, tempat ini masih merupakan Head Quarters (HQ) bagi parti mereka . Walaupun rekod BN dalam pilihanraya kecil amat membanggakan sekali, tetapi kali ini kita akan lihat rekod BN akan berkecai di sini dan sekali lagi akan dimalukan oleh orang-orang Permatang Pauh.


Sesiapapun yang akan mencabar mereka walaupun mereka itu seorang tok imam ataupun mufti sekalipun, mereka akan tewas mudah dan hilang wang deposit secara sia-sia sahaja. Lebih baik diberikan kemenangan percuma sahaja kepada beliau ini. Jika mahu menang sekalipun, UMNO harus memujuk Tuan Guru Nik Aziz yang merupakan Mursyidul Am PAS supaya menyertai UMNO dan melawan Anwar Ibrahim ini di Permatang Pauh ataupun Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri(sekiranya beliau masih ahli UMNO). Saya yakin saudara Anwar akan tewas dengan majoriti yang sangat besar dan akan lari keluar negara pada malam itu juga.

Jika beliau ini menang di Permatang pauh, maka pintu parlimen telah terbuka luas untuk beliau memasukinya seterusnya menjadi ahli parlimen yang sah dan layak dipanggil ketua pembangkang. Inilah peluang yang beliau tunggu-tunggu selama ini dan sudah menjadi kenyataan. Melalui Pakatannya bersama pembangkang lain yang dinamakan Pakatan Rakyatyang terdiri daripada parti PAS dan DAP, mereka amat yakin sekali bahawa selepas kemenangan saudara Anwar menjadi Ahli Parlimen permatang Pauh ini , percayalah beliau akan mengusulkan undi tidak percaya kepada kepimpinan Pak Lah dan kerajaan hari ini.

Dan dengan usul ini juga ianya dijangkakan akan mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dari parti pembangkang termasuk juga mereka yang berada di pihak kerajaan sendiri. Mengikut perkiraan beliau ini hanya memerlukan lebih kurang 30 undi sahaja lagi dari pihak kerajaan untuk menjadikan mereka berkuasa sepenuhnya selepas ini seterusnya membentuk sebuah kerajaan yang sah di sisi undang-undang antarabangsa. Kemenamgan ini juga merupakan kejayaan besar daripada pihak luar yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu dan berputus asa untuk melihat sahabat karib mereka ini berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Inilah masanya untuk mereka bertindak mengikut arahan seperti yang mereka rancangkan sejak dahulu lagi. Selain itu juga mereka berhak dan wajar mendapat ganjaran yang telah dijanjikan kepada mereka ini. Dan dengan ini nanti berakhirlah riwayat Perdana Menteri kita yang lembik dan bodoh sombong ini. Dan seterusnya UMNO akan menjadi Parti pembangkang tunggal seperti parti PAS sebelum ini. Ini mungkin menjadi kenyataan walaupun apa yang saya catatkan di sini merupakan cerita dialam fantasi saya ini.

Bukan niat saya untuk memperlekehkah parti yang saya cintai dan sayangi ini tetapi apa yang mampu kita buat sebagai rakyat dan ahli biasa, kita hanya mampu melihatnya sahaja dan diperlakukan seperti orang bodoh sahaja oleh para pemimpin-pemimpin kita sendiri yang bodoh juga. Biarkan lah apa yang mereka rancang ini berlaku dengan jayanya,kita akan lihat kesannya nanti dan mungkin kita akan bertindak sesuatu yang mungkin tidak mengikut undang-undang negara mahupun antarabangsa demi menyelamatkan rakyat dan negara yang berdaulat ini daripada mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan tertentu yang membelakangi kedaulatan negara dan hak-hak kaum bumiputera di negara ini.

Sebagai rakyat kita tidak harus biarkan perkara-perkara ini berlaku di depan mata kita begitu sahaja. Sebagai rakyat tak kira apapun bangsa, agama dan juga pahaman politik yang berbeza, kita berhak mendapat segala bentuk kebajikan dan keadilan daripada kerajaan baru ini jika mereka berjaya melakukannya nanti. Diharap orang UMNO ini dapat bersabar dan akan bertindak bijak pada masa yang sesuai demi perjuangannya yang tidak akan selesai hingga bila-bila demi agamanya , bangsanya dan juga tanahairnya.