Monday, June 30, 2008

Majlis Peguam Perlu Minta Maaf Kepada Orang Melayu

Merujuk kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Perdana Menteri berkenaan isu Kontrak Sosial yang baru-bari ini didebatkan secara terbuka oleh Majlis Peguam.
[Berita ini dipetik dari Utusan On-Line hari ini - 30 Jun 2008] - Sila Klik Di Sini! untuk membacanya.

Justeru itu sebagai anak melayu yang "marah" dan "terasa di hina" apabila hak-hak dan ketuanan kami disentuh dan dibicarakan dalam forum terbuka yang membincangkan soal "Kontrak Sosial" yang di anjurkan oleh Majlis Peguam pada hari Sabtu lepas iaitu pada 28hb Jun 2008 yang berlangsung di Auditorium Majlis Peguam ingin menegaskan supaya mereka-mereka yang terlibat di dalam menganjurkan majlis ini supaya - membuat "Permohonan maaf secara terbuka" kepada semua orang melayu dan masyarakat lain yang ada dinegara ini mengenai isu-isu yang telah disentuh di dalam majlis tersebut.

Ini kerana Pak Lah sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga wakil dari orang melayu juga telah melahirkan rasa bimbangnya serta tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa ingin memastikan rakyatnya hidup aman, damai dan bersatu padu tanpa ada rasa syak wasangka sesama agama dan bangsa yang ada di negara ini. Beliau juga menyatakan ketidak-layakkan ahli-ahli panel yang terlibat dalam isu ini membincangkan hal-hal berkenaan hak dan kedudukan orang melayu di negara ini.

Permohonan maaf ini juga adalah sebagai tanda menyesal dan berjanji yang ianya tidak akan berulang lagi dimasa hadapan. Itupun sekiranya Majlis peguam sentiasa menghormati serta menyokong apa jua keputusan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan Malaysia hari ini dan kenyataan yang beliau keluarkan dan nyatakan.Beliau juga menegaskan bahawa kontrak sosial dan ketuanan Melayu itu telah dipersetujui bersama oleh pemimpin dan rakyat pelbagai kaum sejak negara merdeka.Menurut beliau lagi belum pernah terjadi lagi akan keberanian kumpulan tertentu mempertikaikan dan mempolitikkan isu ini. Andalah (Majlis Peguam & Panel yang terlibat) satu-satunyer kumpulan paling berani mempertikaikannya setelah negara ini merdeka sejak hampir 51 tahun.

Sekiranya Permohonon maaf ini telah di buat. InsyaAllah saya yakin bahawa semua rakyat dinegara ini terutamanya orang melayu akan bersedia memaafkan sekiranya permohonon maaf itu lahir dari penyesalan atas apa yang berlaku, dari keikhlasan dan kejujuran mereka terhadap orang melayu itu sendiri dan juga mengakui akan hak-hak dan ketuanan melayu di negara ini.

Sekian. Terima kasih. Silakan yang arif !

Yang Benar,
Anak Melayu Petaling Jaya

Untuk laporan berkenaan isu ini - sila baca laporan dari blog : BigGuy dan Sakabangsa