Thursday, August 14, 2008

MAJLIS PEGUAM ANTI ISLAM?


Saya ingin mengulas sedikit berkenaan suasana ‘KECOH’ yang telah berlaku semasa ‘Forum Memeluk Islam’ yang telah berjaya dianjurkan oleh Pihak Majlis Peguam tempoh hari. Saya juga berasa dukacita dan sedih kerana majlis ini tetap dijalankan oleh mereka tanpa memperdulikan amaran-amaran yang telah dikeluarkan daripada beberapa pihak termasuk Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri sendiri. Walaupun forum tersebut ditamatkan lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan. Jika mereka akur dengan arahan ini nescaya kejadian ‘KECOH’ seumpama itu tidak akan berlaku.

Apa sudah jadi ni? Lihatlah apa yang telah berlaku? Inikah yang kita mahukan untuk menunjukkan sudah tiada keharmonian diantara kaum dan juga antara agama yang terdapat di negara kita ini? Ataupun memang telah dirancang oleh pihak tertentu supaya dapat mencetuskan suasana ‘KECOH’ dan kemudiannya nanti pihak negara asing seperti Amerika boleh campurtangan berkenaan hal-hal keagamaan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat kita sendiri di Malaysia ini dan nanti kemungkinan juga suatu hari nanti orang Islam di Malaysia ini di gelar ‘terrorist’ oleh negara bangsat ini.

Kerana apa? Kerana Amerika dan juga Israel sekarang ini sangat fobia dan amat takut dengan orang-orang Islam dan juga negara-negara Islam hari ini. Melainkan negara Islam tersebut mengikut segala perintah dan membenarkan mereka campurtangan dalam apa juga hal dalaman negara –negara Islam tersebut. Lihatlah apa yang telah dan sedang berlaku hari ini di negara-negara Islam yang lain. Tidak payahlah saya senaraikan, sebagai orang islam anda lebih memahaminya tentang apa yang telah, sedang dan akan berlaku nanti.

Yang pelik dan jelik berkenaan forum ini kenapakah sikap degil dan kurang ajar mereka ini untuk meneruskan majlis forum ini? Apakah nawaitu mereka disebalik forum yang telah diadakan ini? Adakah mereka menidakkan kewujudan Mahkamah Syariah dalam menegakkan sistem perundangan Islam yang kita amalkan sekarang ini di negara ini? Apakah mereka dan juga mangsa yang terlibat tidak berpuas hati dan juga meragui sistem kehakiman dan juga keputusan mahkamah Syariah untuk menentukan sesuatu kes berkenaan hal-hal yang melibatkan tentang hal-hal mereka ini?

Tapi yang jelas dan nyatanya, mereka harus mengakui mereka hidup dan tinggal di Malaysia ini. Sebuah negara yang majoriti adalah orang Islam dan Islam itu juga merupakan agama rasmi negara Malaysia ini. Dan mereka juga harus menerima kewujudan Mahkamah Syariah di negara ini untuk membela dan mempertahankan umat Islam di negara ini. Mereka juga tidak perlu takut dan gusar tentang perlaksanaan undang-undang Islam melalui Mahkamah Syariah ini. Jika ada sesuatu permasalahan pun mereka boleh mengadakan rundingan terus dengan pihak pihak yang berkenaan dan menyelesaikannya secara tertib.

Tetapi hari ini kita lihat, setelah berkurun lamanya Agama Islam ini bertapak di negara kita, ianya telah berani di cuit dan dipertikaikan oleh bangsa lain. Mengapa mereka bersikap demikian? Sedangkan sistem perundangan Islam yang kita amalkan di negara ini sebenarnya adalah untuk orang Islam di Malaysia ini sahaja dan bukannya untuk agama lain. Dan hari ini juga mereka telah merasakan seolah-olah sistem perundangan Islam (melalui Mahkamah Syariah) di Malaysia ini telah menganggu gugat kedudukan mereka sehinggakan beberapa kes yang melibatkan seperti pertukaran agama telah mengecewakan beberapa pihak terutamanya daripada mereka yang bukan Islam.

Persoalannya mengapa ajaran dan agama Islam yang telah kita amalkan sejak zaman berzaman ini dan juga undang-undang Islam ini telah ‘mengecewakan’ dan tidak dapat diterima oleh mereka-mereka ini? Apakah baru sekarang kes-kes yang melibatkan pertukaran agama ini masih belum jelas dan tiada jalan penyelesaiannya berhubung dengan kes-kes seperti pertukaran agama ini untuk kita selesaikan? Mungkin terdapat perkara-perkara yang menyebabkan mereka tidak memahami ataupun kurang pengetahuan tentang agama dan undang-undang Islam ini. Mestilah begitu kerana mereka bukan orang Islam.

Dan kita seharusnya dengan tegas dalam menyatakan pendirian kita tentang hukum hakam yang telah termaktub di dalam kitab Al-Quran dan juga keputusan yang telah dibuat oleh para-para ilmuan dan pengamal undang-undang islam dalam percanggahan pendapat tentang apa yang terkandung di dalam Al-Quran itu sendiri. (maafkan saya jika saya tersalah pengetahuan berkenaan hal ini). Yang nyatanya dalam Islam ini terdapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk semua umat islam dan juga bukan Islam. Kecuali mereka yang anti-islam dan juga orang yahudi. Mereka ini lah yang sentiasa menolak (sampai kiamat) dan juga tidak bersetuju (sampai mati) tentang ajaran dan agama islam itu sendiri kepada mereka.

Saya minta maaf kerana kata-kata saya ini mungkin tidak dapat diterima oleh segelintir oleh mereka-mereka ini. Tapi apa yang telah berlaku semasa ‘Forum Memeluk Islam’ tempoh hari telah menyedarkan saya dan juga mungkin sebahagian orang-orang Islam yang lain tentang ketidakpuashatian ataupun boleh saya katakan juga sebagai tentangan mereka terhadap undang-undang Islam yang diamalkan di negara ini terutamanya kepada orang bukan Islam. Tetapi bagi saya caranya adalah amat tidak sesuai sekali dengan mengadakan forum secara terbuka ini. Walaupun mereka tahu mereka akan mendapat bantahan dan tentangan daripada orang-orang Islam sendiri. Bagi mereka mungkin itu sahaja cara yang ada bagi menyelesaikan berkenaan perkara tersebut.

Sebenarnya bagi saya perkara tersebut dapat dielakkan sekiranya pihak yang bertanggungjawab berkenaan hal ini, baik dari pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada orang-orang islam dan juga pemimpin daripada kaum dan agama lain dapat bersemuka serta mengadakan rundingan secara baik dan aman demi menjaga keharmonian dan perhubungan diantara kaum dan agama yang terdapat dinegara kita ini. Eloklah diterangkan dan diselesaikan secara ‘muzakarah’ ataupun ‘muqabalah’ antara kita. Jangan hanya pandai bercakap, marah, mengutuk mahupun mengadakan demontrasi tetapi tiada usaha untuk mencegah dan hanya membiarkan ianya berlaku di depan mata.

Dimanakah ketegasan daripada pihak kerajaan di dalam isu ini? Apakah tindakan yang harus mereka ambil supaya kejadian seumpama ini tidak berulang kembali? Eloklah diselesaikan segera dan bertindak bijak dalam menangani sesuatu isu yang dikatakan agak sensitif ini demi untuk keharmonian dan perhubungan baik diantara kita rakyat Malaysia ini. Lagi lama dibiarkan lagi susah nanti kita hendak memperbetulkannya. Kelak nanti ianya lagi akan menambahkan masalah dan pertikaian sesama kita. Janganlah perkara ini dijadikan ‘modal politik’ bagi mereka yang berkepentingan. Anggap ini sebagai isu rakyat dan harus diselesaikan dengan segera tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Apakah hanya agama lain yang memeluk Islam sahaja yang mengundang keresahan kepada mereka? Bagaimana pula dengan orang islam yang berhijrah ke agama lain pula? Sudah berapa ramai orang Islam di negara ini yang sudah bertukar ke agama lain? Apakah kita orang Islam juga telah membuat forum terbuka seperti ini? Malah saya juga merasakan mereka terlalu amat ‘kecewa’ dan tidak dapat berbuat apa-apa walaupun melalui mahkamah syariah ini demi untuk menyelamat saudara mereka dan juga anak-anak mereka yang telah keluar daripada islam ataupun murtad.

Malah ada juga yang sanggup mencabar dan memperlekehkah agama islam yang pernah mereka anuti ini contohnya perkataan Islam di dalam kad pengenalan pun hendak buat ‘kecoh’ ataupun sengaja mencari hal tentang perkara ini. Ada juga yang sanggup membelakangkan dan bersikap kurang ajar kepada ibubapa mereka yang telah melahirkan dan juga memelihara mereka sejak kecil lagi. Ada kita bising dan ‘kecoh’ seperti yang dibuat oleh Majlis Peguam ini? Adakah Peguam-peguam Islam sanggup mengadakan ‘Forum Memeluk Kafir’ seperti yang mereka lakukan ini? Adakah kita berani secara beramai-ramai membantah dan mengadakan demontrasi untuk membantah tindakan mereka yang secara terang-terangan keluar dari agama islam dan juga turut menghina kesucian agama Islam ini? Adakah kita juga dapat menyelamatkan mereka melalui proses undang-undang ini?

Apa yang mampu kita buat dan lakukan untuk mereka-mereka ini? Melainkan berserah dan berdoa kepada Allah s.w.t setiap hari setiap waktu supaya mereka-mereka ini kembali semula kepangkuan Islam dan bertaubat kepada Allah s.w.t. suatu hari nanti. Ini sahaja yang mampu kita lakukan sebagai seorang Islam yang percaya akan kewujudan Allah dan juga menerima segala qada’ dan qadar yang telah ditentukan olehNya kepada hambanya ini.

Jika undang-undang Islam ini ataupun Mahkamah Syariah ini tidak di wujudkan di negara kita ini nescaya lagi haru biru dan mungkin akan hilangnya Islam itu nanti sebagai pedoman dan pendinding kepada umat islam dan mereka akan bebas sebebasnya melakukan apa sahaja tanpa kawalan ataupun had. Mungkin kerana kewujudan Mahkamah Syariah ini yang telah menimbulkan kesusahan kepada pihak tertentu untuk menyebarkan seterusnya menarik orang-orang Islam ini supaya bertukar keagama lain. Wallahualam. Ini jelas amat bertentangan dan kehendak agama islam itu sendiri dan mereka sepatutnya menghormati dan tidak campur tangan berkenaan undang-undang Islam di negara ini. Bukannya mengundang kemarahan dan bertindak membelakangi arahan daripada pemimpin-peminpin tertinggi kerajaan.

Ini sudah kali kedua Majlis Peguam mengadakan Forum terbuka seperti ini, dan sebelum ini mereka juga dibiarkan begitu bebas untuk mengadakan forum terbuka berkenaan Kontrak Sosial (Sila lihat posting saya sebelum ini) dimana mereka telah mempertikaikan hak-hak dan juga keistimewaan orang melayu di negara ini di dalam forum tersebut. Ini pun pemimpin-pemimpin kita sudah sedia maklum berkaitan hal ini dan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menegah dan melarang tentang forum terbuka yang telah diadakan ini. Dan di dalam kenyataan saya sebelum ini agar Majlis Peguam ini memohon ampun dan maaf secara terbuka juga tidak diendahkan malah mereka bertambah berani untuk melakukannya kali kedua dan mungkin seterusnya nanti.

Dan nyata hari ini isu-isu berkaitan dengan hak-hak dan keistimewaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepada orang-orang melayu dan juga penduduk pribumi di Malaysia ini selama ini telah diambil kesempatan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya daripada pihak pembangkang demi meraih sokongan supaya mereka ini nanti akan mendapat ‘KEADILAN’ yang sewajarnya sekiranya pihak pembangkang ini dapat menubuhkan kerajaan pada suatu hari nanti. Inilah yang mereka harap-harapkan supaya Kerajaan ‘KEADILAN’ dan ‘KEBAJIKAN’ ini nanti dapat membela dan mempertahankan kehendak dan propaganda mereka ini.

Yang pelik dan jeliknya, cadangan dan tanda sokongan mereka ini datangnya daripada orang-orang melayu yang juga beragama Islam sendiri terhadap apa yang telah diforumkan ini. Adakah ini kerana perjuangan untuk agama, bangsa dan negaranya sendiri ataupun berjuang untuk tujuan politik mereka supaya mereka dapat menjatuhkan kerajaan yang memerintah hari ini dengan apa cara sekalipun. Mereka telah menjanjikan ‘KEADILAN’ yang adil kepada semua kaum yang ada di negara ini. Inilah keadilan 50-50 yang mereka inginkan diantara semua rakyat yang ada dinegara kita ini serta menafikan hak-hak dan keistimewaan untuk orang-orang melayu dan juga penduduk pribumi yang terdapat di negara ini. Jika mereka memberi juga keistimewaan kepada orang melayu maka mereka sudah dianggap TIDAK ADIL kepada bangsa mahupun agama lain.

Jika semua rakyat berkehendakkan ‘KEADILAN’ dan ‘KEBAJIKAN’ daripada mereka ini, pilihlah mereka ini dan mesti sanggup menerima apa sahaja perkara yang akan membelakangi hak-hak kita sebagai orang-orang melayu dan juga yang beragama islam di negara ini nanti. Bagi mereka ini, hak-hak dan keistimewaan ini harus ‘ADIL’ kepada semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan juga ‘ADIL’ kepada kuasa ataupun negara asing juga. Sekarang inipun walaupun masih belum dapat membentuk kerajaan lagi, mereka telahpun menunjukkan cara-cara pemerintahan yang ‘ADIL’ dan telah membuat ‘KEBAJIKAN’ yang telah memuaskan hati semua orang terutamanya kepada negeri-negeri yang di pimpin oleh mereka ini.

KEADILAN dan KEBAJIKAN mereka ini juga diktiraf dan mendapat sokongan padu oleh pemimpin-pemimpin kuasa asing ini termasuklah daripada negara Amerika dan juga Israel sendiri. Nescaya selepas ini banyak lagi ‘KEBAJIKAN’ yang mereka dan rakyat akan perolehi daripada kuasa asing ini sekiranya mereka dapat berkuasa pada suatu hari nanti. Mungkin tiada lagi kekecohan dan juga ketidakpuashatian rakyat terhadap kerajaan seperti apa yang ditunjukkan kepada kita hari ini.

Dan dikesempatan ini juga saya merayu buat kali KEDUA kepada Pihak Majlis Peguam ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh Umat Islam dan juga orang-orang melayu yang ada dunia ini serta menunjukkan rasa kesal di atas apa yang telah mereka lakukan demi menjaga keharmonian dan perhubungan antara kaum dan agama yang ada di negara ini. Mungkin ini satu tindakan bijak dan tepat untuk mereka supaya dapat menjernihkan suasana tegang dan ‘kecoh’ di atas kemarahan umat Islam kepada mereka ini.

Dan jika ini dilakukan saya percaya seluruh umat Islam yang berada di negara ini mahupun di dunia ini dengan rela hati dan ikhlas akan memaafkan mereka ini. Perpaduan antara semua kaum dan juga agama yang ada di negara kita ini adalah merupakan tiang negara. Jika tiang ini runtuh maka habislah dan akan musnahlah negara kita ini nanti dan mungkin akan dijajah sampai bila-bila.