Friday, August 8, 2008

Majlis Peguam Sudah Kurang Ajar dan Melampau


Dalam beberapa hari ini, beberapa kenyataan 'sorong papan tarik papan' antara pihak kerajaan dan Majlis Peguam ini berhubung forum yang ingin dianjurkan oleh Majlis Peguam ini. Forum yang dimaksudkan ini adalah 'Forum Memeluk Islam'. Tajuknya pun sudah ada kene mengena dengan Islam. Mengapa pula Majlis Peguam ini beriya-iya untuk membincangkan di majlis forum terbuka ini. Mengapa tidak diadakan secara tertutup ataupun dibawa berbincang secara professional dan berhemah diantara pihak mereka dengan badan-badan yang berkaitan tanpa 'menyorong papan dan menarik papan' seperti yang diwarkan-warkan di dalam media-media masa.

Seperti yang kita sudah sedia maklum dan sudah ditegaskan oleh pihak kerajaan terutamanya Perdana Menteri kita, bahawa supaya majlis ini tidak diteruskan. mengapa pula mereka berdegil dan tidak langsung menghormati pendirian pihak kerajaan berkenaan hal ini. Nampaknya mereka sudah tidak ada rasa hormat dan percaya lagi pada kerajaan dan juga Perdana Menteri kita ini. Selalunya kata-kata Perdana Menteri haruslah dipandang serius dan diikuti oleh mereka-mereka ini. Namun mereka juga sudah tekad dan tidak mahu berpatah balik dan sedia menghadapi apa jua rintangan yang mendatang baik daripada kerajaan, Perdana Menteri ataupun orang-orang islam di malaysia ini.

Sebelum ini mereka juga telah berjaya mengadakan forum yang sedemikian rupa (sila lihat posting saya yang terdahulu). Tetapi pada masa itu mereka membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan hak-hak dan ketuanan melayu di Malaysia ini. namun pada majlis tersebut mereka telah dihentam dan dikritik hebat oleh para hadirin yang terdiri daripada orang-orang melayu sendiri. Yang tidak adilnya pada majlis tersebut mereka telah meletakkan seorang melayu singapura yang saya rasa tiada langsung sifat kemelayuannya ataupun kislamannya. Orang itu ialah saudara Farish Nor. Anda lihatlah sendiri salasilah dan resume nyer seperti yang terdapat dan terpapar di dalam internet. Nampaknya forum tersebut telah tersalah memilih ahli panel yang sepatutnya mewakili bagi kaum melayu di malaysia ini. mengapa perlu dijemput dan diberi penghormatan kepada melayu 'freethinker' ini? Yang nyata bagi saya beliau 'TIDAK LAYAK' mengambil bahagian di dalam forum tersebut.

Kali ini majlis peguam masih tidak berpuas hati dengan apa yang telah mereka anjurkan sebelum ini. Dan hari ini nampaknya usaha mereka untuk mengadakan satu lagi forum akan juga hampir berjaya dan mencapai cita-cita mereka dan pihak-pihak tertentu yang duduk dibelakang tabir. Di war-warkan Forum Memeluk Islam ini akan diadakan pada esok hari iatu pada 9hb Ogos 2008 bertempat di pejabat majlis Peguam Sendiri. Dan hari ini, berita terkini yang saya petik dari Utusan On-line seperti yang tertera di atas akan menjadi kenyataan buat mereka. Sungguh berani tindakan mereka ini untuk membincangkan isu-isu yang agak sensitif mengenai maslah ini terutamanya kepada umat islam yang ada di muka bumi ini. Sekarang ini mereka nampak begitu sombong dan berlagak setelah Perdana Menteri kita dan juga Menteri kepada peguam-peguam ini iaitu Sdr Zaid Ibrahim memanjakan dan memberikan apa sahaja kehendak mereka sebelum ini.

Bagi PM dan sdr Zaid Ibrahim (Kaki minum arak tegar mengikut kata-kata sang kelembai) ini Peguam dan hakim hari ini mestilah bebas dari pengaruh luar dan bertindak tanpa memilih bulu apabila mengadili sesebuah perbicaraan. Kemungkinan inilah kebebasan yang dimaksudkan oleh kedua-dua oarang islam ini kepada peguam-peguam yang ada di malaysia ini. Inilah kebebasan bersuara yang mereka harap-harapkan selama ini untuk semua rakyat yang ada di malaysia ini tanpa mengira sensitiviti kaum ataupun agama tertentu. Sudah kurang ajar mereka ini.

Siapakah yang ajar mereka supaya bersikap 'kurang ajar' kepada orang melayu dan juga orang Islam yang ada di negara ini pada hari ini? Tentu ada orang yang mengajarnya. ini kerana pada masa sebelum-sebelum ini mereka langsung tidak berani ataupun menyentuh isu-isu yang sangat sensitif ini. Mengapa hari ini mereka beriya-iya hendak mempertikaikan ataupun membincangkan hal-hal mengenai orang-orang yang ingin memeluk Islam. Kenapa mereka takutkan Islam ini sehingga risau tentang pertukaran kaum bukan islam kepada Islam ini? Apakah ini akan mengagngu kehidupan seharian ahli-ahli peguam ini? Dan lagi satu mengapa ahli-ahli peguam yang beragama islam diam seribu bahasa dan merelakan badan yang merka naungi ini untuk mengadakan forum terbuka ini? Adakah mereka juga turut bersetuju dan merelakan? Jika mereka diam itu bermakna mereka setuju. Tidak payahpun bertanya kepada mereka ini.

Akhir sekali ingin saya nyatakan di sini, jika mereka benar-benar ingin mengadakan dan menganjurkan forum yang terbuka ini, eloklah saya cadangkan agar kita membukanya dan menganjurkannya secara 'LIVE' di televisyen, seperti debat yang telah diadakan sebelum ini antara Menteri Penerangan denga Sdr Anwar Ibrahim baru-baru ini. Dan saya cadangkan juga kita jemput dan hantar wakil-wakil kita dikalangan orang-orang yang benar-benar berkelayakan dan tinggi ilmu agamanya dan berani bersemuka dan berhujah tentang isu yang hendak mereka forumkan ini.Dan pilih mereka yang benar-benar sudah bersedia untuk berhujah dan berdebat dengan mereka-mereka ini. Jangan biarkan mereka sesukahati mak bapak diorang sahaja meletakkan wakil-wakil yang mereka pilih ataupun lantik sendiri seperti yang terjadi pada forum sebelum ini. Ini sungguh tidak adil dan sengaja dilakukan demi untuk mencapai tujuan dan niat yang tidak baik kepada sesuatu kaum dan juga agama yang lain. Biar semua rakyat dapat mengikutinya dan mendengar sendiri serta dapat memahami akan kebenaran dan amalan yang orang islam amalkan sejak zaman berzaman ini lagi. Kita tidak perlu takut dan harus percaya kepada wakil kita ini. Janji wakil kita ini dipilih oleh kita sendiri dan biar-biar betul terbuka kepada orang ramai.

Di Malaysia ini kaum dan agama adalah satu entiti ataupun perkara yang sangat sensitif dan perlu berhati-hati apabila ingin di bincangkan secara terbuka tentang hal-hal dalamanya. Jika tertutup dan melalui saluran yang betul, mungkin rakyat tidak kisah ataupun mungkin tidak tahu langsung apakah yang telah dibincangkan oleh mereka. dan rakyat mungkin hanya tahu keputusannya sahaja. Barulah rakyat dapat memberikan respon mereka. Tetapi jika dibuat secara terbuka mungkin akan mengundang kesilapan dan terlepas kata-kata yang tidak sepatutnya dilontarkan. Mungkin kerana dendam, benci dan tidak suka pada sesuatu kaum ataupu agama mereka akan bertindak di luar kawalan mereka sendiri. Ini termasuk mereka yang hadir untuk mendengarnya sendiri.Mungkin juga akan terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini akn berlaku kesan dari majlis forum yang diadakan secara terbuka seperti ini. Inikah yang mahu merka saksikan ataupun kehendakkan? Sedangkan kita beriya-iya untuk menjaga dan bersikap adil kepada mereka-mereka ini.

Di dalam hal ini saya merayu kepada pihak kerajaan supaya menyelesaikan perkara ini sebijak-bijaknya dan bersikap tegas kepada mereka-mereka yang beriya-iya sungguh untuk mengadakan juga forum terbuka ini. Jangan sampai mereka-mereka ini menunjukkan belang masing-masing sehinggakan tiada hormat, tiada sopan dan tiada kasih sayang diantara kita.Jika kerajaan setuju lakukan di bawah kawalan pihak kerajaan sendiri dan bukannya melalui badan peguam seperti ini. dan jika Kerajaan tidak setuju sedangkan mereka hendak juga menganjurkannya, wajib kepada pihak Kerajaan supaya menahan dan memberhentikan forum ini dan membawa mereka kemuka pengadilan untuk dihukum diatas kesalahan mereka ini. Ini juga sebagai pengajaran dan teladan kepada pihak lain supaya selepas ini tidak ada lagi isu yang sebigini rupa. Selesaikanlah perkara ini dengan sebijak-bijaknya tanpa mengguris hati dan perasaan rakyat terutamanya orang-orang melayu dan islam yang ada d negara ini.