Wednesday, July 9, 2008

KHAIRY JAMALUDIN (BN-REMBAU) - "MALAY SUPER HERO"?

Wajah seorang pejuang bangsa dan agama

Setelah saya bercerita bersama kawan-kawan di forum myKMU tentang isu 'Khairy Jamaluddin bersuara lantang tentang hak-hak bumiputera yang makin terhakis. Di bawah ini kenyataan saya berhubung isu ini. Isu tersebut saya huraikan secara penuh dan ditambah lagi 'isi' nya hanya di blog ini supaya pembaca di blog saya dapat memahami dengan jelas tentang kenyataan dan cerita-cerita dongeng saya di blog ini. Di sini saya hanya hendak 'mengelarkannya' sementara di blog saya ini sebagai 'Malay Super Hero' dan kemudian diakhir cerita ini 'apa gelaran yang kau orang nak panggil aku tak kisah' ini hanya cerita-cerita di alam 'fantasi' aku. Siapa budak yang bersuara lantang ini?

Dia ini lah 'Malay Super Hero' Melayu kita yang ada dan sungguh 'berani' pada hari ini. Inilah salah seorang pembela dan penyelamat Melayu yang kita ada hari ini. Kau orang tengok berapa berani nyer dia mempertahankan hak melayu khususnya kaum bumiputera di malaysia ini. Saya merujuk berita yang terdapat di muka depan Utusan Malaysia semalam bertajuk "Agong diminta campur tangan, hak bumiputera makin terhakis" (Klik Sini Untuk Baca!)

Korang tengok lagi betapa beraninya dan lantangnya dia menyuruh Yang Dipertuan Agong (YDPA) untuk masuk campur tangan mengenai hak-hak bumiputera semakin hilang dari bumi malaysia sini. Dasyat bro! tak payah hantar memorandum bro! main cakap jer... tu yang gempak yang ada kat 'Malay Super Hero' ni. Sungguh respek aku bro. korang tengok mana ada lagi orang melayu lain, para pemimpin yang berani bersuara macam tu. masing-masing semua happy dan gembira di alam fantasi masing-masing bro, termasuk aku ni.

Mengapakah dia tidak menyampaikan hasrat nya itu melalui bapak mertuanya? Ataupun adakah bapak mertuanya memberikan arahan supaya memberitahu YDPA tentang masalah bumiputera hari ini. Ataupun Bapak Mertuanya sudah tidak mahu dengar cakap menantunya yang sombong lagi bodoh ini? Ataupun hubungan mereka sudah retak menanti belah?. Entahlah aku sendiri pun tidak tahu apa masalah mereka berdua ini. Keranan sejak akhir-akhir ini, semenjak menjadi 'wakil orang-orang rembau' ni dia begitu lantang 'mengkritik' dan membuat 'cadangan' yang sangat bernas demi kepentingan orang-orang Rembau.

Orang-orang Rembau semuanya membantu membawa dia dari seorang ahli UMNO biasa kini akhirnya menjadi kepujaan hati orang 'malaysia' amnya. Sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk membalas jasa-jasa orang Rombau ini dan akan diingati oleh beliau hinggalah ke akhir hayat beliau. Sekarang dengan adanya 'Malay Super Hero' ini, para pemimpin atasan sudah tidak payah bekerja keras lagi untuk membantu dan menjaga kebajikan rakyat. Mereka juga tahu bahawa kredibiliti 'Malay Super Hero' ini tidak ada tolok bandingnya lagi. Tugas Ketua Pemuda UMNO juga menjadi ringan, hasil dari berkat kesungguhan dan keberanian beliau ke depan untuk 'memperhebat' dan 'memperkasakan Melayu'. Terutamanaya kepada Pemuda-pemuda harapan bangsa. Ketua Pemuda tentu berasa bangga dengan kehadiran 'Malay Super Hero' ini dikala orang-orang melayu sekarang ini dihimpit dengan berbagai-bagai tekanan yang meruncing.

Tindakkan dia bersuara pada YDPA ni yang paling aku respek giler. Tidak melalui Presiden UMNO, maknanya dah kira melebihi "suara Pak Lah" sendiri. Tak Payah hantar surat rasmi kepada YDPA, kiranya macam kes Tun Salleh Abas dengan YDPA dulu. Di mana menurut kenyataan Tun Dr Mahathir di dalam blognya menyatakankan bahawa Tun Salleh Abas telah megutus surat kepada YDPA dulu kerana marah dan tidak puas hati berkenaan 'kerja-kerja renovation' yang sedang berjalan di kawasan istana dan berhampiran pula dengan rumah Tun Salleh Abas ini. Sila rujuk BlogTun Dr Mahathir untuk keterangan lanjut. Maksudnya di sini , Punya ada respek lagi Tun Salleh Abbas dengan YDPA dan sebagai hakim 'terhebat malaya' telah mengutus surat secara 'gentlement'. Tapi bagi saya 'Malay Super Hero' ini lagi 'gentement' rupanya. Dengan melalui akhbar harian sahaja. Berapa ramai kah umat manusia di Malaysia ini membacanya? Dan berapa ramaikah umat manusia yang membaca Surat Tun Salleh Abas itu?

Itulah begitu dasyatnyer 'Kuasa' yang ada pada 'Malay Super Hero' kita ini. Dengan adanya 'Kuasa' yang 'luarbiasa' itu, dialah melayu paling hebat abad ini yang sedang ada di negara kita selain Perdana Menteri kita sendiri. Dia juga tahu bapak mertuanya dilanda bebarapa simton sakit tua dan terlalu lemah untuk beliau menjaga dan mengurus semua harta negara. 'Malay Super Hero' ini sepatutnya layak di ketengahkan dan seterusnya nanti dapat menggantikan bapa mertuanya sebagai PM ataupun presiden UMNO. Lagipun 'banyak' orang yang suka dan bangga dengan 'Malay Super Hero' kita ini. Jasa-jasa beliau kepada orang melayu terutamanya orang-orang kek rombau itu sendiri tidak dapat dinilaikan dengan wang ringgit.

Tidak terbalas budi ataupun harta benda untuk membayar 'hutang' atas 'jasa' dan peranan beliau dalam 'memperhebat' dan 'memperkasakan' melayu pada masa ini. Pemimpin manakah yang berani bersuara sedemikian rupa? Nazri Aziz, Musa Hitam? Bung Mokhtar? Mat Taib? Zaid Ibrahim? malah PM kita sendiri merangkap bapa mertuaku. Adakah mereka ini bersuara? Kalau saya tersalah, minta diperbetulkan, supaya pandangan negatif saya ini dapat di buang jauh-jauh. Mengapakah PM kita tidak sebut langsung tentang hak-hak bumiputera dan menyuruh pihak istana mencampuri hal-hal yang sepatutnya dilakukan dan di'monitoring' oleh Kerajaan yang dilantik oleh Rakyat. Bukan kah ini persetujuannya? Apa yang saya tahu Raja-Raja dan Sultan-Sultan Melayu hanya akan mencampuri dan memberi nasihat sahaja hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran negeri dan agama Islam. Jika saya salah sila betulkan. Saya akan betulkan fakta ini sendiri nanti.

Inilah apa yang saya gelarkan 'Malay Super Hero' di tajuk posting saya ini. Sebagai rakyat biasa dan yang kerdil ini dan berapa kerat sangatlah yang nak membaca tulisan dan cerita di blog saya ini hanya dapat meluahkan apa persoalan dan 'pemerhatian' dan 'rasa' dari naluri hati saya ini untuk saya kemukakan di blog saya ini. Kepada mereka yang sudi mengunjungi dan membaca tulisan-tulisan saya ini , saya ucapkan berbanyak terima kasih dan saya sedia menerima sebarang pandangan dan pendapat bagi membetulkan apa yang saya rasa tidak betul.